Monday, July 1, 2013

Manhattan's Fish Market The Curve.

Citer pembuka this Monday is our activity on weekend. We all pergi cinema then jalan-jalan cari makan di The Curve Damansara. Kebetulan weekend kita pegi tu ada promosi 'Kembara Halal" iaitu 6D/5N ke Beijing dengan harga RM150/pax dan kanak-kanak bawah 11 tahun adalah percuma. So ada clown dan few activity yang dianjurkan oleh penganjur bagi kanak-kanak. Hari tu memang ramai orang sebab banyak sales juga kat situ seperti Adidas. Tapi mama tak beli coz kita bukanlah minat sangat sports punya product ni. Yashmeen and Danial as usual memang excited bila nampak clown. So mama pun terpaksa beratur untuk ambik belon kat situ. Nasib baik tinggi sikit daripada budak-budak yang beratur tu. Lepas beratur ambik belon kena beratur beli tiket wayang pulak dah. Hari tu bawa my prince and princess tengok cerita Monster University. Cerita ni walaupun citer cartoon tapi best coz diselitkan unsur2 positif dan senang difahami budak-budak sebaya Yashmeen dan Danial. Cuma yang tak bestnya last scene tu citer hang ler pulak. Semua audience mengeluh coz dah part klimaks. Hang pun dalam masa 3 minit ler. Nasib baik tak rewind dari awal. Lepas tengok citer MU kita pun dinner kat Manhattan's Fish Market. Kebetulan turun dari escalator jer kedai tu yang jumpa dulu. So rezeki diaorang ler ye. Memang strategik sangat kedai tu. Harga pun not so bad coz for a western food price, I think it worth it. Kita ambik Dinner set RM55.90 jer tapi memang banyak dan tapau lagi coz tak habis. So to all blogger friends boleh ler try makan kat sini sambil bawa anak-anak gi tengok citer MU ni coz memang best.

 
Poster cerita MU. All the monsters is here.
 
 
Yashmeen and Danial tengah tunggu turn ambik belon.
 
 
Sementara menunggu hubby beli tiket kita posing dulu...hehehe
 
 
Sempat ambik gambar semasa picture hang jap.
 

Dinner in Manhattan's Fish Market.
 

No comments:

Post a Comment