Tuesday, July 16, 2013

Buka Puasa Di Concorde Hotel

Salam Ramadhan kawan-kawan blogger. Sempena bulan yang mulia ini mama nak citer pasal buffet ramadhan yang merata kat Kuala Lumpur sekarang ni. Tapi opening ni just nak citer pasal buka puasa kat Melting Pot Cafe, Concorde Hotel on the first day puasa hari tu. Kebetulan pula hari tu hubby baru balik Sabah so lepas ambik kita terus ke Concorde Hotel untuk buka puasa. Rupanya hubby dah booking 3 hari sebelum puasa lagi rupanya coz takut penuh. Dia kata saja nak ubah selera dan first day tu tak payahlah nak masak kannnn. Di Concorde Hotel ni harga buffet RM108++ sorang dan kanak-kanak bawah 5 tahun percuma. Bagi saya berbaloi jugalah coz makanan memang masyuk. Menu daripada juadah tempatan hingga international lagi. Kuih-muih tempatan pun banyak cuma nak makan semua tu memang tak larat ler kan kawan2. Lauk-pauk tempatan seperti siput sedut, ikan masin, nangka masak lemak semua ada dan sangat menyelerakan. Selain daripada itu hotel ni pun serve kambing panggang, lamb chop, salmon grill dan macam-macam lagi. Kalo nak list sume kat sini rasanya tak larat mama.


Suasana di Concorde Hotel pada hari pertama buka puasa. Siap ada penyanyi lagi so taklah boring sangat menghadap juadah yang banyak tu.
 

Pencuci mulut yang beraneka jenis sampai nak makan pun tak larat.
 
 
Kiri atas tu chef tengah berperang dengan pelbagai seafood daripada udang, sotong, ketam, salmon, kerapu untuk 'grill'. Sebelah kanan atas ni pula menu buka puasa mama. Boleh kata bergaduh jugalah dalam perut lepas tu.
 
  

Sori ye kawan-kawan sume. Gambar tak cantik coz lapar sangat so lupa nak ambik sebelum makan. Kiri atas adalah seafood yang di'grill' oleh chef tadi dan atas kanan tu salah satu kuih tempatan kita and my hubby favourite.

  

Tak banyak ambik gambar coz orang ramai dan kita pun sibuk nak makan so apa yang ada jer ye. Hubby tengah memotong kambing panggang yang menjadi penutup hidangan dia dan mama pula yelah selera orang tua minum teh tarik jerlah sebagai penutup. Tapi actually sebelum tu dah belasah macam-macam sebenarnya cuma tak sempat nak ambik gambar jer. Sebenarnya pembuka dinner mama malam tu adalah siput sedut masak lemak. Satu pinggan mama ambik. Yelah siput kan kecik jer. Makan banyak pun tak lah rasa kenyang sangat. Then mama makan nasi putih ngan ikan asam pedas, sayur campur and macam-macam lauk lagi sebenarnya. Sebelum  minum teh tarik ni pun dah ambik buah-buahan, kek, puding dan macam-macam lagi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
So mama rasa tak rugilah buffet di Concorde Hotel ni coz ada pelbagai juadah yang bagi mama memang sedap dan berbaloi dengan harganya. Kalo nak cuba pegilah cuba kat Melting Pot Cafe, Concorde Hotel Kuala Lumpur.
 

No comments:

Post a Comment