Monday, October 21, 2013

The Legend Cherating Beach Resort

Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Hari ni nak citer sikit pasal trip ke Cherating last month. Actually trip ni asalnya sebab keja. But since Friday so can say outstation cum holiday..... Hubby pun tak kisah sebab mama tak pernah pegi so dia kata bolehlah stay back holiday terus lagipun dah weekend kan lepas keja tu. Not bad ler this place kalo untuk holiday coz hotel and area pun best. Banyak kedai makan kat luar sebelum masuk ke kawasan hotel dan kebanyakkan semua seafood. Harga pun boleh tahan. Hotel Legend ni nampaknya memang untuk group activity coz buffet dinner and lunch memang takde unless kita register in group. Kalo personal kena order ala carte jer lah. Anyway pasal makan rasanya tak perlu risau coz kedai makan merata kat area ni. Kawasan memang kawasan kampung tapi area hotel tu dah kira private ler so environment pun boleh tahan juga. Kitaorang pun just stay back one nite coz shortbreak macam ni tak boleh tinggal lama-lama. Nanti quality holiday pun hilang coz bosan. So sapa2 plan nak pegi tu boleh ler stay kat sini tapi rasanya banyak juga pilihan hotel kat situ. RM278++ per night including 2pax for breakfast. Selamat bercuti.....

Danial tengah enjoying the environment dan tak sabar nak keluar sebenarnya...


Ada 4 swimming pool dan dalam pagar tu taman untuk kanak-kanak bermain.


 Ni pula hubby and the geng semasa kita buat barbecue.....kecil-kecilan jer. Panggang ikan.

Akhirnya hubby berjaya juga hidupkan api yang diambik daripada unggun api orang lain. Hehehe...


Then ikan-ikan pun berjaya dipanggang setelah berhempas pulas menghidupkan api.

Now masa untuk menikmati ikan panggang pula....enjoyyy... 



Thursday, October 3, 2013

Shogun Saisaki - Healthy Japanese Buffet Restaurant

Salam belated Aidilfitri and Salam 1Malaysia my dear blogger friends....setelah berbulan dari cuti posa and raya and now coming AidilAdha pula. Baru ada masa nak update blog coz sibuk sikit after balik raya coz sibuk ngan event ofis tak masuk lagi event family then outstation pula so memang takde masa. Dah tu rasa malas nak update pun ada coz baru balik kampung kan....mood cuti tu ada lagi. Anyway kita teruskan dengan update pertama ni nak share my Jalan-jalan Cari Makan punya aktiviti iaitu kat Shogun Saisaki. Actually kita pegi ni coz lepas raya tu dah bosan sangat makan daging, ayam dan semua makanan raya lah kiranya. Hubby pun bawa gi buffet Japanese food kat One Utama. Mungkin ada yang dah pernah nampak restoran ni kan coz ada few branches. Kat Solaris, Sunway Pyramid, Wisma UOA II dan Fahrenheit 88.




Kita pegi One Utama coz dekat ngan rumah so tak payah ler drive jauh sangat. Restaurant ni buffet japanese food tapi sebenarnya ada banyak makanan lain macam asam pedas, tomyam, nasi goreng and few local cooking ler. Harga pun kira murah ler daripada buffet kat hotel. Kalo nak bayar murah lagi kena apply VIP Card. Harga RM338 and valid for 1 year. Kebaikannya bila guna kad ni kita dapat free untuk sorang. So me and family just nice lah 2 orang dewasa kiranya buy one free one and my children still free. Kalo berminat boleh lah cuba and it halal restaurant. Masa pegi pun ramai orang Islam makan mungkin sebab baru habis raya so mood makan tu sama ngan kitaorang. Bosan makan makanan raya. Hehehe...
 
 
Gambar tak banyak coz photographer sibuk ambik makanan untuk kitaorg.

 
Danial lepas makan cup cake.
 
Memang varities food ler kat sini walaupun Japanese Restaurant...
 
So kawan2 bloggers gi lah cuba ok..... 
 

Monday, August 5, 2013

Weekend Activity di Kids E-World

Hi kawan2 blogger....ini pula weekend activity mama without hubby around. Last week mama bawa my prince and princess ke Kids E-World at Ikano Power Centre. Dulu pegi my prince and princess tak main sume permainan coz masih takut lagi. But this time they both are so berani sampai dah boleh naik sendiri spiral slide yang boleh kata memang tinggi and mama pun takut nak masuk. But for kids mungkin it fun apalagi kalo ada geng kann..Dulu mama share few games yang ada. Hari ni saja nak tunjuk spiral slide ni coz memang best. Tengok diaorg turun dgn laju nye lagi best. Boleh kena heart attack coz worried in between diaorg turun tu ada certain part yang kita tak nampak jer.
 
 
My prince and princess tengah turun dari spiral slide yang memang tinggi dan dua-dua pegi naik sendiri. Mama actually takut juga coz takut diaorang jatuh semasa nak naik tangga ke atas tu.
 
Antara permainan lain yang ada. Mama taknak masuk banyak sangat coz dulu dah pernah dah promosi tempat ni. So kalo mommies semua ada masa bawalah anak2 ke tempat ni.Diaorang pun tak adalah nak main ngan ipad jer kan. Happy weekend.....

Weekend Activity Di Bulan Puasa

Salam Ramadhan kawan2 blogger semua. Bulan posa ni jadi lembab sikit coz tangan pun kena jaga so kena minimumkan penggunaannya. Hehehehe.....anyway mama tetap dengan weekend activity bawa my prince and princess keluar. Saja nak bagi diaorang exercise luar. Activity ni sebenarnya dah lama dah. Minggu kedua posa coz hubby masih ada lagi. So sementara nak tunggu buka posa kita pun bawalah diaorang ke taman di Desaparkcity, Damansara. Taman ni dekat jer dengan rumah kitaorang, kedai pun banyak. Kiranya nak bersantai dan makan sekali ok ler. Actually lanskap taman ni memang cantik. The best environment and place to stay in KL I think. I have told my hubby kalo ada duit nak beli rumah sebiji kat sini. Kadang-kadang the quality of our life is depends on the environment sebab tu mama suka sangat gi tempat ni. Boleh kata secure bagi tempat santai dengan anak-anak.
 

Inilah salah satu environment Taman Desaparkcity yang mama sangat suka. Ada tasik di tengah taman untuk joging dan budak-budak main basikal.
 
 
Danial sedang berbasikal dan salah satu aktiviti fizikal disediakan di taman kanak-kanak Desaparkcity.
 
Yashmeen sedang mencuba salah satu tempat untuk membuat aktiviti fizikal di situ.  Kanan atas pula Yashmeen sedang dalam buaian dan hubby tengah monitor both of them. Mama pula just ambik gambar dan duduk berehat. Hehehhe...
 

Tuesday, July 23, 2013

Basikal Baru

Salam ramadhan semua...ari ni just nak citer pendek pasal basikal baru yang mama beli untuk my prince and princess sehari sebelum puasa. Bukan apa diaorang pun dalam proses membesar dan aktiviti pun dah berubah. Basikal lama pun tak boleh guna sangat dah sebab kaki dah panjang so bila nak kayuh lutut kena kat handle pula. Sebelum decide beli tu actually pegi rumah kakak dan dia baru belikan my nephew Aiman basikal. My prince and princess pun excited nak main coz benda baru bagi diaorang. Lepas balik rumah jer....my princess terus tanya boleh tak belikan dia basikal macam tu coz dia dah besar. Since then everyday balik ofis jer dia akan tanya mama pasal basikal. Nak dijadikan cerita sehari sebelum puasa tu mama pun terus pegi beli coz bila waktu puasa malas nak jalan-jalan kan. Bila beli tak boleh beli satu so mama beli terus dua untuk dia dua beradik kalo tak nanti gaduh pula. My prince and princess memang excited giler bila nampak basikal tu. Sampai rumah jer terus nak main dan my biggest problem now is every week kena pegi kat taman pula bawa main basikal. Aiyaaa........penat ler jadi mama ye kawan-kawan sume....

 
Yang bestnya diaorang support each other since first time nak main...

 
Lepas Yashmeen support adik dia now the little brother pula support kakak dia...

First day beli sampai malam tak berhenti main. Dah habis kat luar sambung dalam rumah pula. Satu cabaran yang baru pula sebab kena pastikan tayar basikal bersih sebelum masuk rumah.


Thursday, July 18, 2013

Menu Buka Puasa

Salam Ramadhan kawan-kawan blogger. Setelah 9 hari berpuasa baru hari ni nak share menu berbuka sebab jarang masak. Bukan apa awal-awal posa ni rajin lah pula gi bazaar Taman Tun Ismail tu. Lagipun on the way nak balik singgah ler terus, juadah pun MACAM-MACAM ADA. So setelah beberapa hari baru ler dapat makan masakan rumah. Last week hubby balik dari Sabah, dia saja buat surprise bawa banyak makanan kampung yang memang favourite mama. Sebenarnya kat Sabah ada banyak makanan kampung mama yang tak dapat kat KL ni. Hubby kata dia kesian ngan mama sebab mesti teringat makanan kampung waktu bulan puasa ni. Hehehe....so dia pun bawalah berbakul2.
 
 ----------------------------------------------------------------------------------
 Bukan itu jer hubby bawa banyak barang basah seperti udang galah, udang harimau, udang biasa yang kecik2 tu, ketam, ikan tenggiri, ikan bawal, ikan uji rashid dan macam-macam lagi. Boleh kata 2 minggu ni mama memang tak payah gi pasar ler. Cuma beli ayam jer untuk anak-anak sebab mama memang bagi diaorang makan ayam kampung untuk buat sup. Actually dah masak juga ler few times ketam, udang dan ikan tenggiri tu cuma takde masa nak shoot gambar sebab masa tak ada. Kali ni sempat ambik gambar coz kebetulan my princess letakkan phone mama atas meja sebab sibuk nak makan buah. Tak adalah banyak sangat cuma udang masak sambal jer. Takut simpan lama nanti tak fresh lagipun takut hubby balik Sabah tak sempat  nak merasa....dah lah bawa berat kannn...

 
Hah.... nilah juadah buka puasa mama. Selalu tak makan nasi tapi sebab lauk dah ada so makan jerlah terus lagipun kebetulan tak gi bazaar. Hubby ada lah beli kuih dan ayam percik sikit sbb favourite dia. Nasi putih, udang sambal dan ikan masin serta cili padi yang dah dikisar. Ikan masin ni hubby bawa khas dari kampung mama sebab kat sini memang tak ada. Hubby pun kata sedap dan tak pernah makan. Cili padi tu pun dari kampung mama. Emak yang bawa dan bagi satu bungkus ngan mama. Cicah ikan masin ngan cili padi ni memang ummpphhh ler. Sedapppp......
 
 
Ni pula juadah hubby berbuka. Pancake dengan ayam percik favourite dia. Pancake tu mama masak untuk my prince and princess sebenarnya tapi selera diaorang sebenarnya ikut papa diaorang pun. Semuanya nak yang manis-manis dan boleh katakan yang full cream. Hubby memang kurang makan nasi kalo malam so dia akan makan yang lain-lain dulu. Kalo rasa lapar baru dia ambik tapi dalam kuantiti yang sedikit jer.
 
 
Ni pula udang sambal mama.....goreng dulu udang tu kemudian masak dengan cili kering yang dah dikisar. Masuk kicap dan asam jawa sikit. Letak bawang besar banyak sikit so kuah jadi pekat. Mama terus jer masuk dalam bekas so kalo tak habis terus masuk freezer dan nak panaskan Kalo nak resepi komen jer kat sini sebab mama ni tak rajin sangat nak taip resepi yang panjang tu. Hehehehe....tapi rasanya sume pun tau masak kan...kan..kan....
 
So Selamat Berbuka........
 

Tuesday, July 16, 2013

Buka Puasa Di Concorde Hotel

Salam Ramadhan kawan-kawan blogger. Sempena bulan yang mulia ini mama nak citer pasal buffet ramadhan yang merata kat Kuala Lumpur sekarang ni. Tapi opening ni just nak citer pasal buka puasa kat Melting Pot Cafe, Concorde Hotel on the first day puasa hari tu. Kebetulan pula hari tu hubby baru balik Sabah so lepas ambik kita terus ke Concorde Hotel untuk buka puasa. Rupanya hubby dah booking 3 hari sebelum puasa lagi rupanya coz takut penuh. Dia kata saja nak ubah selera dan first day tu tak payahlah nak masak kannnn. Di Concorde Hotel ni harga buffet RM108++ sorang dan kanak-kanak bawah 5 tahun percuma. Bagi saya berbaloi jugalah coz makanan memang masyuk. Menu daripada juadah tempatan hingga international lagi. Kuih-muih tempatan pun banyak cuma nak makan semua tu memang tak larat ler kan kawan2. Lauk-pauk tempatan seperti siput sedut, ikan masin, nangka masak lemak semua ada dan sangat menyelerakan. Selain daripada itu hotel ni pun serve kambing panggang, lamb chop, salmon grill dan macam-macam lagi. Kalo nak list sume kat sini rasanya tak larat mama.


Suasana di Concorde Hotel pada hari pertama buka puasa. Siap ada penyanyi lagi so taklah boring sangat menghadap juadah yang banyak tu.
 

Pencuci mulut yang beraneka jenis sampai nak makan pun tak larat.
 
 
Kiri atas tu chef tengah berperang dengan pelbagai seafood daripada udang, sotong, ketam, salmon, kerapu untuk 'grill'. Sebelah kanan atas ni pula menu buka puasa mama. Boleh kata bergaduh jugalah dalam perut lepas tu.
 
  

Sori ye kawan-kawan sume. Gambar tak cantik coz lapar sangat so lupa nak ambik sebelum makan. Kiri atas adalah seafood yang di'grill' oleh chef tadi dan atas kanan tu salah satu kuih tempatan kita and my hubby favourite.

  

Tak banyak ambik gambar coz orang ramai dan kita pun sibuk nak makan so apa yang ada jer ye. Hubby tengah memotong kambing panggang yang menjadi penutup hidangan dia dan mama pula yelah selera orang tua minum teh tarik jerlah sebagai penutup. Tapi actually sebelum tu dah belasah macam-macam sebenarnya cuma tak sempat nak ambik gambar jer. Sebenarnya pembuka dinner mama malam tu adalah siput sedut masak lemak. Satu pinggan mama ambik. Yelah siput kan kecik jer. Makan banyak pun tak lah rasa kenyang sangat. Then mama makan nasi putih ngan ikan asam pedas, sayur campur and macam-macam lauk lagi sebenarnya. Sebelum  minum teh tarik ni pun dah ambik buah-buahan, kek, puding dan macam-macam lagi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
So mama rasa tak rugilah buffet di Concorde Hotel ni coz ada pelbagai juadah yang bagi mama memang sedap dan berbaloi dengan harganya. Kalo nak cuba pegilah cuba kat Melting Pot Cafe, Concorde Hotel Kuala Lumpur.
 

YuKids Island At The E-Curve

Hi blogger friends sorry lama tak update coz busy lah sangat.....before I start my story I would like to wish all of you Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. So for a start my story is about our weekend activity last week before fasting day. Saja nak bawa my prince and princess jalan-jalan and as usual our favourite place is The Curve sebab paling dekat ngan rumah and nice place to lepak. Tak crowded sangat macam shopping mall yang lain. Last week saya bawa my kids to a new place di The Curve. Tempat ni memang khas untuk kanak-kanak punya activity. Nama pun khas untuk kanak-kanak iaitu Yu Kids Island. Emmhhh....actually konsep sama macam Kids World jugalah cuma bayaran masuk murah sikit daripada Kids World RM30 per child. Umur tak kira as long as they are kanak-kanak. Tak surelah pula kalo baby coz my kids dah besar pun hehehhe. Tempat ni di tingkat 3 at The Curve opposite Metrojaya. So kalau berminat bolehlah bawa anak-anak ke sini ye mommies sume...

  
Danial memang suka coz banyak untuk age dia...
 
 Yashmeen yang memang minat aktiviti lasak ni dan sekejap main jer dah ramai kawan.
 

 Danial dengan my nephew Aiman yang dua2 pun memang lasak......budak lelaki kannn......
 
               
  
Yashmeen melompat dalam belon besar sambil memanggil mama.....sebelah tu pula tak tau ler pula aktiviti apa. 

          
 
Selain daripada aktiviti fizikal YuKids Island pun ada aktiviti yang menguji minda kanak-kanak seperti di atas. Yashmeen dan Danial sedang cuba membina bangunan.
----------------------------------------------------------------------
 
 So mommies semua bawalah anak-anak anda ke tempat macam ni sebab zaman sekarang budak2 suka main komputer jer. So saya memang wajib bawa mereka keluar untuk buat aktiviti fizikal macam ni.

















Monday, July 1, 2013

Manhattan's Fish Market The Curve.

Citer pembuka this Monday is our activity on weekend. We all pergi cinema then jalan-jalan cari makan di The Curve Damansara. Kebetulan weekend kita pegi tu ada promosi 'Kembara Halal" iaitu 6D/5N ke Beijing dengan harga RM150/pax dan kanak-kanak bawah 11 tahun adalah percuma. So ada clown dan few activity yang dianjurkan oleh penganjur bagi kanak-kanak. Hari tu memang ramai orang sebab banyak sales juga kat situ seperti Adidas. Tapi mama tak beli coz kita bukanlah minat sangat sports punya product ni. Yashmeen and Danial as usual memang excited bila nampak clown. So mama pun terpaksa beratur untuk ambik belon kat situ. Nasib baik tinggi sikit daripada budak-budak yang beratur tu. Lepas beratur ambik belon kena beratur beli tiket wayang pulak dah. Hari tu bawa my prince and princess tengok cerita Monster University. Cerita ni walaupun citer cartoon tapi best coz diselitkan unsur2 positif dan senang difahami budak-budak sebaya Yashmeen dan Danial. Cuma yang tak bestnya last scene tu citer hang ler pulak. Semua audience mengeluh coz dah part klimaks. Hang pun dalam masa 3 minit ler. Nasib baik tak rewind dari awal. Lepas tengok citer MU kita pun dinner kat Manhattan's Fish Market. Kebetulan turun dari escalator jer kedai tu yang jumpa dulu. So rezeki diaorang ler ye. Memang strategik sangat kedai tu. Harga pun not so bad coz for a western food price, I think it worth it. Kita ambik Dinner set RM55.90 jer tapi memang banyak dan tapau lagi coz tak habis. So to all blogger friends boleh ler try makan kat sini sambil bawa anak-anak gi tengok citer MU ni coz memang best.

 
Poster cerita MU. All the monsters is here.
 
 
Yashmeen and Danial tengah tunggu turn ambik belon.
 
 
Sementara menunggu hubby beli tiket kita posing dulu...hehehe
 
 
Sempat ambik gambar semasa picture hang jap.
 

Dinner in Manhattan's Fish Market.