Friday, July 4, 2014

South Sea Seafood Restaurant

Salam mommies......sempena bulan Ramadhan ni mama nak promote tempat-tempat makan yang biasa kita gi. Mana ler tau nak ubah selera posa kan. Tempat ni rasanya ramai dah tau sebab agak famous juga rasanya. Kedai ni bertempat di Kampung Baru Subang opposite airport lama tu dan betul-betul tepi main road. Kedai ni just serve seafood jer dah namanya seafood restaurant kan. Biasa mama and family akan dinner atleast once a month kat situ. Saja nak rasa seafood yang segar almaklum ler KL ni susah nak cari seafood segar. Gambar ni mama ambik recently kita gi sebelum posa coz waktu posa ni nak kurangkan sikit outing ler.

As usual ler anak-anak mama yang suka posing ni. Ini gambar entrance dari bawah restaurant. Kedai ni diperbuat daripada kayu dan bertiang. Pemilik tu buat macam tunnel kat bawah kedai untuk customer yang parking dalam area kedai dan naik tangga ke atas.

Hah ni ler gambar tunnel nak ke tangga entrance tu.
Ini ler seafod yang ada kat South Sea Restaurant ni. Memang banyak dan pelbagai saiz. Ada yang local dan most of it was imported. Dari ketam, udang, kerang, ikan macam-macam spesis ada.

Ini antara gambar ketam yang imported tu. Memang saiz pun saiz mat salleh juga. Semua XXL. Harga pun XXL. Hehehe...gurau jer. Dah barang import kan mesti ler mahal.
Macam biasa kalo mama and family datang mesti akan order butter prawn creme ni. Memang sedap, manis and sangat ler fresh sebab memang kita ambik yang live prawn. Ada juga udang yang freezer and murah sikit kot harga. Biasanya pekerja tu akan tanya juga nak yang live ker atau tak. Datang jauh-jauh nak makan yang freezer baik beli kat pasar jer kan...

Ini dah lepas belasah seafood tu....boleh posing lagi. Anak-anak mama pun memang suka gi makan seafood especially butter prawn ni. Memang diaorang akan suruh papa dia orderkan. Masakan pun memang sedap dan berkualiti.

------------------------------------------------------------------------------------------

So mommies sumer kalo nak ubah selera posa ni boleh pergi ke South Sea Seafood Restaurant, Kampung Baru Subang.

website

1 comment:

  1. baru tahu kat situ ada tempat fresh seafood. kerap juga lalu lalang tp boleh x perasaan .hehehe . brpe abis tu prawn besar tu .

    ReplyDelete