Salam Ramadhan mommies semua....ada masa sikit so buka ler blog di bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini mama nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa dan mohon ampun dan maaf sekiranya ada bahasa-bahasa yang terkasar dalam blog mama ni...Tahun ni kita berpuasa dalam keadaan cuaca yang sangat panas tapi diharap kita boleh meneruskan ibadat puasa dengan tenang dan sabar.....Actually nak kongsi juadah berbuka mama and family pada first day posa tahun ni. Macam biasa papa akan bawa mama and semua gi buffet ramadhan. Tahun lepas kita try buffet kat Concorde Hotel......first day tahun ni kita berbuka kat Westin Hotel pula di jalan Bukit Bintang. Sebelah JW Marriot tu jer. Plan nak gi JW Marriot coz offer lagi bagus RM96 nett tapi bila papa call dah fully book. Mungkin first day posa ramai orang pegi situ kot. Kat Westin Hotel buffet Ramdhan RM108++ and kanak-kanak 4 years and below free. So mama masih untung lagi tahun ni kalo gi mana-mana coz anak-anak still free.
Ni ler suasana kat Westin Hotel punya restaurant bila mama and the geng baru sampai....Pihak hotel siap bagi kurma and air zamzam for berbuka. Air zamzam tu served in a very tiny glass jer.
Ini adalah menu pertama kita ambik...pelbagai jenis kuih tradisional. Hubby pun terus ambik kuih favourite dia kuih gulung and kacang merah. Memang sedap....
View dari tempat mama duduk....depan bahan-bahan steamboat...gambar atas meja tu lamb chop dah separuh jalan hubby makan.
Ini pula dah time dessert dengan pelbagai jenis buah, kek, puding dan aiskrim.
Ini pula my prince punya menu terakhir....fresh milk...hehehe
Sama gak dengan my princess....diaorang pegi ambik sendiri minuman tu. Then suruh waiter tu tolong angkatkan. Mama pun biar jer diaorang berdikari.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Actually ada pelbagai jenis juadah dihidangkan tapi mama tak dapat ambik coz segan juga sambil ambik makanan tu jadi photographer pula kan. Mama kena jaga standard juga...hehehehe. Daripada tradisional local cuisine, western, chinese food hingga northern indian food. Mommies sumer boleh ler check online coz ada juga blog lain yang dapat ambik gambar-gambar tu. Memang macam-macam ada. So sapa-sapa yang berminat nak pegi tu boleh ler try. Rasa nyer tak rugi bayar dengan variety of food yang ada. Just for a taste orang kata...jangan makan sampai takleh bangun pula kan....
So for checking and reservation
No comments:
Post a Comment