Monday, July 21, 2014

Puasa Buffet di Royale Bintang The Curve Damansara

Salam Ramadhan mommies semua....hari nak citer sikit pasal buffet kat Royale Bintang at The Curve Damansara. Actually bukanlah first time kita gi buffet kat sini but so many times bukan waktu posa. Bukan nak menjatuhkan or mengutuk or mengata di bulan yang mulia ni tapi just very disappointed. Harga buffet bukannya murah RM72++ per person. Tapi makanan yang dihidangkan indah khabar dari rupa. Tau ler bulan posa mungkin chef pun posa tapi rasa makanan memang out of the menu ler. Nasib baik ada lamb panggang dan satay jadi penyelamat. Local cuisine such as nasi putih and lauk pauk sangat mengecewakan bagi mama. Bukan standard hotel ler rasanya. Dan the worst is tak refill bila habis. Come on...that is why we call it buffet.....makanan sepatutnya tak boleh habis coz ada period of time.

----------------------------------------------------------------------------------
 
Actually memang waktu posa seat penuh dan orang pun makan mungkin tak ingat dunia but please lah...kita bukan makan free. Mama pun bukanlah jenis makan yang terus ambik sumer makanan letak kat meja. Tapi memang terkejut bila nak ambik makanan dah habis dan tak refill. Even dessert pun habis dan tak refill such as aiskrim and cake. Sebenarnya mama tak salahkan 100% pihak hotel coz nampak orang yang makan pun memang tak ingat dunia. Ambik makanan banyak2 and letak kat meja. Tapi tak habis..........membazir and menyusahkan orang lain yang bayar juga. Hubby pun tanya kat manager juga tapi memang dah di luar kuota katanyer. Emmmhhhhhh.......tak tau ler kan..
 
-------------------------------------------------------------------------------------
 
Sorry coz mommies sumer terpaksa dengar luahan hati mama ni....yang sangat tak puas hati. Bayar banyak tapi tak berbaloi. Mama kata kat hubby kalo gi restoran lain mesti makan lagi sedap dengan harga tu. Apa nak buat bukan rezeki nampaknya.....................
 
 
Ini jer ler gambar yang ada...itu pun hubby yg ambik dan whtapps kat mama. Nak ambik gambar pun tak ada mood dah sebab anak-anak mama pun tak makan dengan selera....kita makan satay dan lamb panggang jer......dessert yang tinggal banyak pun buah rambutan. Anak-anak mama pula tak reti makan....diaorang suka puding, cake dan aiskrim jer biasanya...
----------------------------------------------------
Well rasanya mama tak nak promote ler buffet kat Royale Bintang The Curve ni kepada semua coz tak berbaloi rasanya. Ini just luahan perasaan yang geram jer.......
 
 


Friday, July 4, 2014

Tips Mendidik Anak-Anak Agar Menjadi Anak Yang Soleh Dan Solehah.

Salam mommies....selalu mama kongsi citer mama jer so hari ni masukkan satu topik baru iaitu Parenting Tips. Actually mama pun dapat tips-tips ni daripada website lain so just nak kongsi with mommies semua. Sejak bergelar ibu ni mama pun selalu cari topik-topik parenting ni sebab nak handle budak bukan senang so ilmu tu kena ada juga kan. Orang kata beranak tu susah tapi bagi mama menjaga tu lagi mencabar sebab kita bukan hanya menjaga tapi membentuk peribadi supaya anak-anak kita menjadi lebih baik. Anak-anak mama ni pun boleh tahan aktif juga....mulut tak payah komen ler memang asyik nak bercakap. Tapi seperti orang kata setiap perkataan keluar daripada mulut ibu tu kan satu doa. So mama memang sangat menjaga komunikasi mama dengan anak-anak agar mereka jadi anak-anak yang bersopan santun. So mommies semua baca ler tips-tips ni untuk pengetahuan dan amalan kita bersama ok...
 
----------------------------------------------------------------------------------
 
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
 
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
 
2. Sentiasa memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
 
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
 
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
 
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
 
6. Beri anak makanan tambahan yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
 
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
 
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hiperaktif.
 
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
 
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan nakal.
 
11. Ibubapa perlu membaik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang dan semua orang di sekeliling kita. Semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang. So mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
 
         a. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
 
         b. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
 
         c. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
 
        d. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
 
        e. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
 
       f. Pagar diri dengan Surah Al-Fatihah dan Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
 
       g. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Surah Al-Fatihah , Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
 
      h. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
 
      i. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi nakal dan sebagainya.
 
     j. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
 
     k. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
 
     l. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
 
    m. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.



-----------------------------------------------------------------------
So to all mommies boleh lah cuba amalkan. Memang nampak banyak tapi kita boleh cuba perlahan-lahan agar anak-anak kita terbentuk peribadi mereka. Amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah anak-anak kita akan jadi lebih baik. Selamat beramal dan moga berjaya, WASSALAM.

South Sea Seafood Restaurant

Salam mommies......sempena bulan Ramadhan ni mama nak promote tempat-tempat makan yang biasa kita gi. Mana ler tau nak ubah selera posa kan. Tempat ni rasanya ramai dah tau sebab agak famous juga rasanya. Kedai ni bertempat di Kampung Baru Subang opposite airport lama tu dan betul-betul tepi main road. Kedai ni just serve seafood jer dah namanya seafood restaurant kan. Biasa mama and family akan dinner atleast once a month kat situ. Saja nak rasa seafood yang segar almaklum ler KL ni susah nak cari seafood segar. Gambar ni mama ambik recently kita gi sebelum posa coz waktu posa ni nak kurangkan sikit outing ler.

As usual ler anak-anak mama yang suka posing ni. Ini gambar entrance dari bawah restaurant. Kedai ni diperbuat daripada kayu dan bertiang. Pemilik tu buat macam tunnel kat bawah kedai untuk customer yang parking dalam area kedai dan naik tangga ke atas.

Hah ni ler gambar tunnel nak ke tangga entrance tu.
Ini ler seafod yang ada kat South Sea Restaurant ni. Memang banyak dan pelbagai saiz. Ada yang local dan most of it was imported. Dari ketam, udang, kerang, ikan macam-macam spesis ada.

Ini antara gambar ketam yang imported tu. Memang saiz pun saiz mat salleh juga. Semua XXL. Harga pun XXL. Hehehe...gurau jer. Dah barang import kan mesti ler mahal.
Macam biasa kalo mama and family datang mesti akan order butter prawn creme ni. Memang sedap, manis and sangat ler fresh sebab memang kita ambik yang live prawn. Ada juga udang yang freezer and murah sikit kot harga. Biasanya pekerja tu akan tanya juga nak yang live ker atau tak. Datang jauh-jauh nak makan yang freezer baik beli kat pasar jer kan...

Ini dah lepas belasah seafood tu....boleh posing lagi. Anak-anak mama pun memang suka gi makan seafood especially butter prawn ni. Memang diaorang akan suruh papa dia orderkan. Masakan pun memang sedap dan berkualiti.

------------------------------------------------------------------------------------------

So mommies sumer kalo nak ubah selera posa ni boleh pergi ke South Sea Seafood Restaurant, Kampung Baru Subang.

website

Tuesday, July 1, 2014

Salam Ramadhan...

Salam Ramadhan mommies semua....ada masa sikit so buka ler blog di bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini mama nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa dan mohon ampun dan maaf sekiranya ada bahasa-bahasa yang terkasar dalam blog mama ni...Tahun ni kita berpuasa dalam keadaan cuaca yang sangat panas tapi diharap kita boleh meneruskan ibadat puasa dengan tenang dan sabar.....Actually nak kongsi juadah berbuka mama and family pada first day posa tahun ni. Macam biasa papa akan bawa mama and semua gi buffet ramadhan. Tahun lepas kita try buffet kat Concorde Hotel......first day tahun ni kita berbuka kat Westin Hotel pula di jalan Bukit Bintang. Sebelah JW Marriot tu jer. Plan nak gi JW Marriot coz offer lagi bagus RM96 nett tapi bila papa call dah fully book. Mungkin first day posa ramai orang pegi situ kot. Kat Westin Hotel buffet Ramdhan RM108++ and kanak-kanak 4 years and below free. So mama masih untung lagi tahun ni kalo gi mana-mana coz anak-anak still free.

Ni ler suasana kat Westin Hotel punya restaurant bila mama and the geng baru sampai....Pihak hotel siap bagi kurma and air zamzam for berbuka. Air zamzam tu served in a very  tiny glass jer.
 
Ini adalah menu pertama kita ambik...pelbagai jenis kuih tradisional. Hubby pun terus ambik kuih favourite dia kuih gulung and kacang merah. Memang sedap....
 
View dari tempat mama duduk....depan bahan-bahan steamboat...gambar atas meja tu lamb chop dah separuh jalan hubby makan.
Ini pula dah time dessert dengan pelbagai jenis buah, kek, puding dan aiskrim.

Ini pula my prince punya menu terakhir....fresh milk...hehehe

Sama gak dengan my princess....diaorang pegi ambik sendiri minuman tu. Then suruh waiter tu tolong angkatkan. Mama pun biar jer diaorang berdikari.
 
----------------------------------------------------------------------------------------------
 
Actually ada pelbagai jenis juadah dihidangkan tapi mama tak dapat ambik coz segan juga sambil ambik makanan tu jadi photographer pula kan. Mama kena jaga standard juga...hehehehe. Daripada tradisional local cuisine, western, chinese food hingga northern indian food. Mommies sumer boleh ler check online coz ada juga blog lain yang dapat ambik gambar-gambar tu. Memang macam-macam ada. So sapa-sapa yang berminat nak pegi tu boleh ler try. Rasa nyer tak rugi bayar dengan variety of food yang ada. Just for a taste orang kata...jangan makan sampai takleh bangun pula kan....
 
So for checking and reservation