Hi mommies......again nak citer pasal Yu Kids Island di The Curve. Selalu juga bawa budak-budak every weekend ke sini untuk exercise. Asyik dok rumah jer so mama suka bawa untuk aktiviti fizikal ke tempat-tempat macam ni. Tapi weekend kita nak gi Pangkor tu...ada birthday party invitation dari kawan papa kat sini pagi so kira free ler budak-budak masuk hari tu. Budak birthday tu is Chindian and sebaya dengan my prince Danial. Ok juga ler buat birthday party kat sini especially budak-budak macam ni coz simple...fun....and paling penting senang sebab tak payah nak mengemas lepas party.....hehehehe...
My princess Yashmeen and my prince Danial sedang beratur untuk aktiviti semasa party tu. Pelik tapi benar aktiviti memukul Sponge Bob. Actually dalam box tu ada banyak soft toy, sweet and chocolate. So kalo dah pecah budak-budak tu dah siap dengan bag masing-masing untuk ambik. Tapi anak-anak mama ni bukanlah kategori ganas so aktiviti tu macam tak kena bagi diaorang. Danial muka macam nak nangis bila dia terpatahkan kaki Sponge Bob tu. Cian gak mama tengok...anyway bila dah pecah berebut gak diaorang ambik hadiah dalam tu....hehehehe kids....
Turn my princess Yashmeen pula memukul.....first tu dia tengok mama and angkat bahu. Then mama bagi support suruh pukul. Dia pun pukul jer lah. Macam minta permission pula nak pukul benda tu and mama allow. Anyway it not a good lesson tapi takkan kita nak rosakkan party orang kan. Only for one day anyway....so carry on jer ler.
--------------------------------------------------------------------------------------
Citer pasal package party pula.....emak budak tu kata RM25 jer per person for 3 hours. Memang diaorang bagi 3 hours jer coz banyak orang book katanya. Even lepas function tu pun ada another party diaorang setup pula. Tapi kita still boleh stay back kalo budak-budak nak main sebab tiket masuk dah included. Kira murah dah sebab ticket biasa masuk is RM30 per kids excluding parents. And most important kena bawa sock ye even parents pun kena pakai. So kalo ada sapa-sapa mommies out there nak try buat function boleh ler try buat kat sini.
No comments:
Post a Comment