Hai all.....sorry coz lama tak update blog. Bukan apa. Nak dijadikan cerita screen handphone pecah. Well.... biasa ler budak2. Berebut nak main then dah gaduh buang pula handphone tu. Nak marah pun benda dah jadi nak buat mcmana. Bila screen dah pecah handphone pun tak boleh guna dan banyak gambar yg tak dapat nak update.So for opening today nak citer pasal holiday di Morib Gold Cost Resort. Actually just go for a break ngan family lagipun kebetulan birthday my prince so celebrate terus di situ. Nak dijadikan cerita tempat ni sangat lah jauh daripada KL. Rasanya almost 2 hours juga drive daripada KL. Tempat memang menarik sebab baru dan water theme park memang besar lebih kurang Sunway Lagoon. My prince and princess memang enjoy giler sampai taknak keluar daripada swimming pool tu.
Ini lobby hotel dan tu hubby and my childrens tengah nak check in. Mama pula duduk berehat dan ambik gambar. Heheheeh....
Inilah gambar bilik hotel dan tempat mandi. Bilik memang besar dan tempat mandi pun kelas dengan jakuzi sekali. Boleh lah kata lima bintang sebab harga berbanding Boulevard Hotel, Mid Valley tu lebih kurang jer lepas promosi. Tapi saiz bilik memang sangat jauh beza.
Ini pula my hubby, my prince and princess posing lepas dah check in.
Hah...ini pemandangan water theme park daripada atas. Kita dapat tingkat tujuh so gambar kurang jelas sebab agak tinggi. Ambik dari balkoni jer sebab waktu mandi tak boleh nak ambik.
So gambar dah tengok now kita cerita bab yang kurang elok psl tempat ni. Bukan apa memang kena perbaiki lagi dari segi service dan hidangan. Nak citer bab makan pula...indah khabar dari rupa. My hubby memang panas dan mengamuk dengan makanan yang disediakan. Ye lah datang jauh2 sebab nak berehat dan enjoy the food yang dikatakan taraf lima bintang. Tapi sangat mengecewakan. Makanan yang disediakan rasanya taraf tiga bintang pun tak layak. Kita dah pegi banyak hotel di KL ni, even yang tiga bintang macam Concorde Hotel pun serve lagi sedap and variety. Rasanya kalo ada orang yang tanya saya pasal tempat ni, saya takkan reccommend sebab kesian kat orang bayar tapi service buruk. Waktu breakfast semua orang tunggu waiter bawa air sebab dah habis dan boleh pekerja tu kata tak ada. Seumur hidup ni tak pernah lagi jumpa hotel yang tak refill makanan dan minuman. Emmmmhhhh.....well dah pegi so terima seadanya tapi hubby dah bagitau takkan pegi lagi seumur hidup dia. Hehehehe memang mengamuk boss tu. So to all...kalo nak holiday tu kena cari tempat yang betul2 sesuai dengan harga yang kita bayar ok.....
No comments:
Post a Comment