Tuesday, April 23, 2013

ECurve Damansara

Assalamualaikum all....ari ni nak citer pasal ECurve Damansara. Last week jalan-jalan gi the Curve sebab tu jerlah shopping complex yang paling dekat ngan rumah. Memang selalu bawa diaorang kat sini sebab banyak tempat riadah untuk kanak-kanak dan semuanya indoor. So taklah panas sangat kan......Biasanya saya akan bawa diaorg beriadah ke tempat macam ni so boleh exercise sikit fizikal dan mental. Kalo tak asyik duduk rumah tengok Disney Channel jer. Cakap pun dan macam watak-watak kartun  kat channel tu. Sebelum ni saya pernah post Kids World di Ikano Power Centre. Minggu ni kitaorang pegi Cineleisure di ECurve juga tapi takdelah macam Kids World tu. Cuma kat sini tempat aktiviti ada juga untuk orang dewasa seperti Ice Skating dan Trampoline Jumping. Untuk budak-budak pula ada train riding dan banyaklah kenderaan lain yang guna token. Yashmeen dan Danial memang sangat excited dan semua mainan diaorang naik. Satu mainan tu RM2 token. So faham-faham jerlah berapa duit boleh habis kat tempat macam ni. Boss pun mengeluh kata kalo tiap2 minggu pegi boleh bayar duit rumah sebulan. Hehehe.....sori papa. Kena sacrifice untuk entertainment anak-anak kan.....kan....kan...
 
 

Ini antara mainan yang diaorang naik. Muka Danial memang muka penat sebab dah banyak sangat aktiviti sebelum tu. 




Hah...ini kereta kuda cinderella. Kalo ada yg tak pernah nampak secara live boleh lah datang...
 
 
Ini Yashmeen dengan Aiman. Kecik2 dah pandai shopping. Yashmeen baru beli kasut pilihan dia sendiri. Lepas dah bayar nak angkat sendiri sebab katanya dia punya barang. Emmmmhhh....ni belum besar lagi.

 
Siap boleh pilih kereta sendiri lagi. Well as usual girl will always like pink color...heheheh.
 

Monday, April 22, 2013

Morib Gold Coast Resort

Hai all.....sorry coz lama tak update blog. Bukan apa. Nak dijadikan cerita screen handphone pecah. Well.... biasa ler budak2. Berebut nak main then dah gaduh buang pula handphone tu. Nak marah pun benda dah jadi nak buat mcmana. Bila screen dah pecah handphone pun tak boleh guna dan banyak gambar yg tak dapat nak update.So for opening today nak citer pasal holiday di Morib Gold Cost Resort. Actually just go for a break ngan family lagipun kebetulan birthday my prince so celebrate terus di situ. Nak dijadikan cerita tempat ni sangat lah jauh daripada KL. Rasanya almost 2 hours juga drive daripada KL. Tempat memang menarik sebab baru dan water theme park memang besar lebih kurang Sunway Lagoon. My prince and princess memang enjoy giler sampai taknak keluar daripada swimming pool tu.
Ini lobby hotel dan tu hubby and my childrens tengah nak check in. Mama pula duduk berehat dan ambik gambar. Heheheeh....

Inilah gambar bilik hotel dan tempat mandi. Bilik memang besar dan tempat mandi pun kelas dengan jakuzi sekali. Boleh lah kata lima bintang sebab harga berbanding Boulevard Hotel, Mid Valley tu lebih kurang jer lepas promosi. Tapi saiz bilik memang sangat jauh beza.         




Ini pula my hubby, my prince and princess posing lepas dah check in.


Hah...ini pemandangan water theme park daripada atas. Kita dapat tingkat tujuh so gambar kurang jelas sebab agak tinggi. Ambik dari balkoni jer sebab waktu mandi tak boleh nak ambik.


So gambar dah tengok now kita cerita bab yang kurang elok psl tempat ni. Bukan apa memang kena perbaiki lagi dari segi service dan hidangan. Nak citer bab makan pula...indah khabar dari rupa. My hubby memang panas dan mengamuk dengan makanan yang disediakan. Ye lah datang jauh2 sebab nak berehat dan enjoy the food yang dikatakan taraf lima bintang. Tapi sangat mengecewakan. Makanan yang disediakan rasanya taraf tiga bintang pun tak layak. Kita dah pegi banyak hotel di KL ni, even yang tiga bintang macam Concorde Hotel pun serve lagi sedap and variety. Rasanya kalo ada orang yang tanya saya pasal tempat ni, saya takkan reccommend sebab kesian kat orang bayar tapi service buruk. Waktu breakfast semua orang tunggu waiter bawa air sebab dah habis dan boleh pekerja tu kata tak ada. Seumur hidup ni tak pernah lagi jumpa hotel yang tak refill makanan dan minuman. Emmmmhhhh.....well dah pegi so terima seadanya tapi hubby dah bagitau takkan pegi lagi seumur hidup dia. Hehehehe memang mengamuk boss tu. So to all...kalo nak holiday tu kena cari tempat yang betul2 sesuai dengan harga yang kita bayar ok.....