Wednesday, June 26, 2013

Painting Face

Just nak share my new activity with my small family. As usual I will always find an activity for us to do together. Spending a quality time is very important for me and hubby. Even though we are tired from work but we'll make sure we have time to play with my prince and princess. Any activity will do as long as we are together. My hubby told me to do so even though his not around because spending time with our kids is very important while they are growing to build the relationship between us. Memang kadang-kadang penat lepas kerja tapi still have energy to do it when I saw their smile and heard their loving words saying ' I love u mama' with the great big hug and kisses. Such a beautiful things that happened in our life.

Cuma kadang2 hairan dan sedih bila baca news paper yang mana their own parents abusing the child dan ada yang sampai meninggal dunia. Mungkin ada yang disebabkan masalah peribadi such as divorce and financial problem but what a human being treated a child as such. Memang sangat mengecewakan coz they are small human that is just start learning about live and this is what they get. Haiyaa....emotional lah pulak. Back to my story...my family new activity is painting face. Macam clown pakai mekap tu. We just use a crayon color yang memang khas untuk muka dan boleh dicuci dengan mudah. Biasanya kedai2 yang jual ni adalah kedai2 yang khas untuk party punya produk. I pula beli di kedai  'Party World' di Ikano Power Centre tingkat LG. Banyak produk untuk party yang dijual di sini dan memang sangat menarik. So kalo ada sapa2 nak beli dan tinggal berdekatan tu boleh lah pegi survey kat sini.
 
 
Yashmeen first painting.....

 
Ni pula second picture yang hubby buat....

 
Danial still dalam proses dilukis oleh hubby....

 
Danial nak jadi ultraman....so hubby pun tengah tekun nak lukis...Kalo perasan muka my hubby tu pun dah kena hasil lukisan Yashmeen and Danial. So to all boleh lah cuba activity ni ngan family nanti tapi make sure tak pakai baju baru lah yek.
 

Restoran Tupai-tupai

Hi....hari ni nak update activity Jalan2 Cari Makan last week. Me and my family pegi makan di Restoran Tupai2 dekat Jalan Kampung Atap. Kakak yang perkenal tempat ni dulu. Actually dah pergi few times tapi sebab nak bawa my aunty and uncle makan malam coz diaorang balik Sabah minggu ni. Hubby pula sampai dari Sabah hari yang sama so terus lah ambik kat KL Sentral after dinner. Restoran ni kalo malam ada buffet untuk steamboat tapi kitaorang order nasi coz biasalah org tua tak makan sangat steamboat ni. Mereka lebih suka makan nasi berlauk so kita order sweet and sour ikan kerapu, sayur kacang masak cili, lala masak kam heong, japanese taufu claypot, telur dadar dan tomyam seafood. Makanan pun ok lah dan harga pun reasonable untuk restoran besar macam ni. So sapa2 nak cuba bolehlah google tempat ni dan cuba ye coz I am not very good in direction. Terbaru semasa pergi tempat ni ada promosi untuk branch yang baru buka di Shah Alam Section 13. Tengok banner kat belakang tu. So bagi yang tinggal area tu boleh lah pegi yang terdekat kat situ. Selamat mencuba all....
 
 
My family

 
My mum and her eldest sister as always bestfriend.
 

 
My family as usual always happening and sporting when u said 1,2,3...cheese...hehehe


Wednesday, June 19, 2013

Puteri Harbour Family Theme Park

Hi..kawan2 blogger. Hari ini nak update pasal holiday trip ke Johor last week. Pegi Johor actually for my cousins brother wedding tapi merangkap holiday for us too. Trip tak lama coz Saturday lepas wedding kita rush back to KL for my hubby punya dinner function pula. So kita bertolak on Thursday nite coz Friday to memang dah plan nak gi Puteri Harbour Family Theme Park bawa budak2 bercuti. Tempat ni tak jauh dari Legoland coz still in the same area cuma kena drive jugalah sebab dah dekat port Puteri Harbour. Memang dah hujung Johor kot sebab that is the last place which is next to Batam, Indonesia. My hubby said port untuk cruise kat situ juga. Cuma tak tanya pula cruise tu nak gi mana.
 
Anyway talk about Puteri Harbour Family Theme Park ni sebenarnya lebih kurang Legoland cuma indoor saja dan taklah sebesar Legoland tu. Dalam Theme Park ni ada tiga tempat yang kita boleh masuk which is Sanrio Hello Kitty Town, The Little Big Club dan Lat's Place. Hari tu kita tak masuk semua coz when we reach the place it already half a day so since each place ada activity dalam schedule yang sama so kita just ambik The Little big Club saja. Lagipun my prince and princess tak kenal sangat ngan Hello Kitty dan Lat's ni pun. Masuk jer tempat ni my prince and princess macam kena rasuk pula. Terus lepas tangan dan berlari ambik port masing-masing. Yashmeen terus berlari ke rumah Angelina dan Danial pula terus naik truck yang ada kat situ cuma tak boleh drive jer. As usual me and my hubby ambik bahagian masing2 ler untuk monitor. Nasib baik ada dua orang jer kalo tiga macamana ekk. Tiket masuk ikut each places dan kalo nak ambik semua ada diskaun sikit ler. Cuma kat sini harga tiket tak ada ikut adult or children. Harga sama jer dan budak 2 tahun ke bawah free. Memang banyak activity kat situ dan budak2 pun enjoy jugalah coz all the character memang diaorang minat macam Barney, Angelina, Pingu and others. Gambar dan video memang banyak cuma nak upload sume memang tak dapat ler. Kalo nak experience sendiri sila lah pegi ke situ ye.....
 
 
Gambar di third level Little Big Club diambil selepas lunch tu yang sume nampak bertenaga. Hehehe...

 
Ini pula diambil dalam taman rumah Barney.
 
 
 Ini gambar dalam studio Angelina. Sesi bergambar selepas menari.
 
 
 Emak pun terpaksa pakai bila first masuk studio Angelina tu. Saja nak bagi feel ngan diaorang. Budak2 ni kena support sikit baru berani.
 
 
Ini Danial and his cousins brother Aiman. Biasa lah lelaki. First enter jer dah naik truck nak drive konon.
 
 
Ini me and my prince Danial. Saja nak tumpang truck ni coz my nephew Aiman tengah drive tu. Sori gambar tak berapa jelas.
 

Yang ni pula gambar di rumah barney. All girls...
 

 
Sempat lagi posing walaupun dah penat.
 
 
Hubby and the geng. Terpaksa lah jadi mangsa coz wifey nak santap jap....
 
 
Yashmeen macam biasa minta papa dia ambik gambar. Actually dia tengah berdiri atas small bridge dalam taman rumah barney. Tapi sebab hubby ambik gambar close up so tak nampak ler.
 

Candid selepas keluar dari theme park tersebut. Sempat shopping lagi coz exit theme park ni memang kena lalu kedai mainan kat belakang tu. Bijak kan..kan..kan...owner ni.
 
 

So sapa yang berminat nak pegi bolehlah layari website kat bawah untuk online ticket ataupun info.
 
 
 
    
 

Tuesday, June 4, 2013

Air Terjun FRIM

Nampaknya bila dah lama tak masuk update blog ni banyak pula citer nak kongsi. Bukanlah citer gosip artis tapi citer my small family weekend activities. Last Sunday actually activity ni boleh kata unplanned sebab kita tak terfikir pun nak pegi lepas keluar lunch. On the way nak balik rumah my princess macam biasa akan bagitau papa dia nak pegi park. Since cuaca yang sangat panas hubby pun bagitau tak dapat pegi park. Then tiba2 pula hubby dapat idea gi waterfall kat FRIM, Kepong. Tak jauh daripada rumah sebenarnya cuma  kitaorang jer malas nak pegi. My prince and princess macam blur sikit bila hubby kata waterfall coz diaorang tak pernah pegi so idea tu tak ada dalam kepala. Bila hubby kata mandi diaorang pun kata swimming pool. Biasalah budak zaman sekarang bukannya macam zaman mama dulu. Tak payah bawa pun dah tau gi sungai mandi ramai2 ngan cousin semua. Dulu tak ada penculik perogol semua so bebas nak kuar kan....tak payah nak takut. Sekarang ni nak gi buang sampah pun takut sebab ramai sangat 'penjenayah2' ni kat luar. So... ok kita lupakan dulu citer tu kita pegi FRIM ramai2 dulu. Tempat ni taklah jauh sangat macam Ulu Yam tu dan kawasan pun secured. Ada penjaga kat dalam kawasan ni so boleh kata selamat ler untuk budak2. Cuma bila berjalan tu still make sure in a group sebab kawasan sangat besar.
 
 
Sori ambik gambar orang sebab hari tu memang ramai mungkin sebab cuti sekolah kot. Actually hubby kata ada banyak level waterfall kat sini cuma kitaorang sebab tak prepare so taklah pegi jauh kat atas. Nak naik level bawah ni pun macam semput dah.
 
 
Yashmeen tengah berenang macam buaya. Air pun tak dalam sangat kat level ni so budak2 kecik boleh lah bermain. Since diaorang dah excited giler bila sampai kat situ , kitaorang pun bagi jerlah diaorang terjun ngan baju sekali. Hubby kata rumah pun tak jauh sangat takpelah. Kesian kat diaorang konon.
 
Hubby tengah monitor my prince and princess mandi. Saya taknak basah so just lepak atas batu dekat area tu jerlah di samping jadi photographer.

 

Victoria Station

Selepas makan seafood apakata kita pekena makanan western pula. Hah....jalan2 cari makan kitaorang last weekend kat Victoria Station. Yang ni my small family punya activity jer. Macam biasa kitaorang weekend jarang masak. My hubby said spending a quality time together. Kalo masak cuma hubby and anak2 jerlah spending quality time sebab mama dah bersilat kat dapur. Kalo sapa2 yang panggil kat luar tu memang sure dah kena silat ngan mama kan..So memang dah tradisi kitaorang makan kat luar sambil bawa my prince and princess jalan2. Last Saturday kita dinner kat Victoria Station. Entah ler tiba2 pula rasa nak makan lamb chop. Nak kata pregnant tak juga. Hehehe..hubby pun setuju jer sebab memang favourite food dia pun. Kalo nak makan steak memang dia akan bawa ke situ jer sebab dia kata quality bagus so berbaloi ler bayar mahal sikit. Malam tu saya order lamb chop dan hubby ambik steak. My prince and princess kita order kan roti dan mushroom soup jer sebab set memang takkan habis punya. So they just shared whatever we have ordered.
 
 
Ini steak yang hubby order. Macam biasa masak pun medium jer. Pekerja restoran tu pun dah tau menu dia. Kadang2 tak cakap lagi diaorang dah bagitau dah set tu.
 

Set ni saya punya lah. Lamb chop dan fully cooked sebab saya tak lalu nak makan yang half cooked ni. Seram nanti jadi dracula pula. Hehehe.....sorry hubby.
 
 

 Yashmeen and Danial sedang menikmati jagung dalam set kitaorang. Emmmhhhh.....memang kitaorang takkan dapat makan full set pun.
 
 So sapa2 nak makan western tu boleh lah pegi Victoria Station. Bukannya steak saja. Seafood pun ada cuma cara masakan jer lah western style. Kitaorang pegi branch yang kat Bangsar bersebelahan dengan Restoran Ayutthaya sebab dah biasa pegi situ. So kawan2 blogger pegilah cuba ok....
 

 

 

Aroma Ikan Bakar Kuala Selangor

Hari ni saja nak create satu tajuk untuk jalan-jalan cari makan coz selalu pegi tapi tak update kat blog sebab rasa macam tak penting. Tapi bila fikir boleh juga tolong orang berniaga kan..kan..kan... Actually ini kira activity lama lah waktu Hari Ibu. Saja nak post hari ni sebab nak promote tempat ni Aroma Ikan Bakar. Sapa yang stay KL memang kira jauh juga lah nun kat Kuala Selangor. Since mother punya birthday 13 Mei so kita sume yg ada di KL ni pun celebrate sekali 12 Mei sesuai sekali dengan Hari Ibu. Adik lelaki yang punya idea coz dia dah pernah pegi dengan geng ofis dia. Kita yang lain pun ikut jer lah lagipun sponsor dah ada kannn....Cuma gambar di bawah ni saya ambik drpd orang coz handphone waktu tu rosak so tak dapat nak ambik gambar. Kakak dan adik adalah ambik tapi takkan nak suruh dia email semata-mata nak post kat blog I pula kan. Lagipun waktu ni hubby kat Sabah so susah nak posing2 sebab kena jaga my prince and princess lagi. So sapa2 yang berminat boleh lah pegi makan kat sini. Nak tau jalan please use GPS or google maps ye.....
 
 
Haah nilah restoran tu. Aroma Ikan Bakar. Ala2 rumah kampung gitu. Besar juga kawasan kedai ni. Parking pun kira senang lah.

 
Yang ni pula choices tempat duduk. Kitaorang hari tu duduk yang biasa jer coz bila sampai tempat dah penuh. Reservation pun tak buat so tak ada pilihan ler.

 
Ni tempat duduk Bamboo yang kena add on RM20 sbb lebih privacy dan selesa ler ruangnya. Cuma kalo saya tak berkenan sebab kena duduk bersila. Nanti kaki kebas lah pula kan...
  
 
Pemandangan luar Restoran Aroma Ikan Bakar. Memang dekat ngan pantai. Kalo tsunami pun memang masyuk juga ler.
  
Kalo dari segi pricing pun saya rasa memang murah compare dengan semua seafood restaurant yang saya pernah pegi lah. Harga lebih kurang makan kat seafood restaurant di Sabah. Mungkin sebab dekat dengan laut kot. So harga pun boleh lah dapat murah dari supplier. Hari tu kita order ketam goreng telur masin, ikan bakar (pari dan jenahak), udang masak butter, tomyam seafood, sayur campur, sotong bakar dan kerang bakar. Semuanya dalam RM2++ jer. Rasanya kombinasi makanan kat atas ni kalo di KL dah dekat RM5++ juga rasanya. Pernah makan kat Restoran South Sea (seafood) juga bil lebih RM10++ sebab order lobster Australia. Memang masyuk ler kedai tu dapat collect lebih seribu satu meja. Sejak hari tu dah inform ngan hubby next time jangan order lobster sebab rasa pun lebih kurang sama jer dengan udang biasa. Just because imported harga sekilo RM600 lobster tu. Emmmhhhh.....so hari ni saya nak promote restoran anak tempatan kita ni yang bertempat di Kuala Selangor. Selamat Menjamu semua......


Monday, June 3, 2013

ICity

Assalam to all blogger friends.....lama tak update coz memang sangat busy dan tak ada citer yang nak kongsi pun. Thought of update few activity tapi dah lepas so malas ler nak masukkan. Citer dah expired. Anyway today nak masukkan last weekend punya activity. Macam biasa kitaorang satu family just ronda2 around KL saja. Hubby pun nak terbang dah esok so tak ada banyak masa sangat coz dia pun kena settlekan keja dia sebelum berlepas. Kita just keluar jalan-jalan dan cari makan hahaha...macam biasa orang lain buat gak. Last Friday hubby bawa kuar jalan-jalan ke I-City. Actually sambil nak test drive Toyota Starex kawan hubby yang nak jual. Ye lah kereta besar boleh ler bawa muatan lebih sikit. Kalo long journey boleh naik lebih daripada 4 orang kan kan kan...Bila try ok juga ler kereta ni. Memang spacious and very comfortable. My Prince and Princess pun suka. Hubby pun test drive ke I-City so boleh pegi jauh sikit nak tengok performance kereta ni. So far ok tapi hubby kata maintenance pun memang tinggi. Biasa ler kereta import kan. Local pun kena maintenance juga cuma tinggi rendah jer beza nya. Anyway decision is on him if it come to hal kereta ni. Malas nak campur coz for me tak penting pun. As long as I have transport to go anywhere I want....kereta kuda pun takpe. Heheheeh..Ini ada beberapa gambar activity kita malam Jumaat tu.
 
 
Interior Toyota Starex not bad siap boleh tengok CD lagi.
 
 My Prince and Princess yang memang excited giler coz tak payah duduk dekat sangat. 

 
Gambar semasa di I-City. Sempat juga ambik gambar ngan zirafah.
 

Cantik gak I-City ni. Dah pegi few times tapi everytime pegi ada jer perubahan. Macam keretapi kat gambar atas. Dulu pegi tak ada lagi. Yang ada binatang2 tu jer. So sapa2 yang nak bawa anak2 gi jalan-jalan waktu cuti ni boleh lah bawa ke sini. Tak jauh daripada KL pun. Ikut jer highway ke Shah Alam. Entrance pun RM10 jer lepas tu tiket for each game kena beli lah kat situ. Selain daripada tu kat sini ada SnowWalk juga. Waktu cuaca sekarang yang panas terik ni, nak tukar2 angin datang ler ke sini. Memang sejuk giler kat dalam so happy jalan2 to all.....