Monday, February 25, 2013

Lepas Gaduh

Semalam lepas dah tengok TV kita semua pun masuk tidur. Sebelum tidur sempat lagi my son and daughter gaduh sebab berebut buku. Lepas tu yang adik pula ugut kakak dia ambik patung baby yang biasa dia bawa tidur. Emmhhhh.....geram pun ada...lucu pun ada juga. Bila diaorang gaduh saya pula ugut diaorang bagitau saya akan keluar bilik dan pegi keja kalo diaorang asyik gaduh. Saya baru cakap jer tiba-tiba dua orang ni berpeluk dan sayang-sayang kata sorry to each other. Haii...macamana nak marah. Kalo zaman saya dulu tak payah ugut mesti dah kena ngan rotan rasanya...
 
Gambar selepas gaduh. Nampak sangat cara peluk sayang tu tak ikhlas.
 

 
Ni pula dah berbaik dah tapi masih lagi nak bergaduh mulut.


Dah gaduh boleh posing lagi.
 


 Ni pula yashmeen yang memang suka posing.
 

Seram

Just nak share my prince story....well tak ada keja. Since hubby tak ada kita pun lepak di rumah jer lah. Lagipun dah bawa diaorang ke Kid's eWorld on Saturday. Semalam pun hujan turun tak berhenti so tak kuar mana-mana pun. Dinner pun masak sendiri jerlah. Saya layan CSI. Both my prince and princess pun sedang tengok TV tapi channel diaorang jerlah dekat living room. Sedang saya asyik tengok TV saya terpandang my prince memang asyik tengok cerita Elmo di Disney Channel. Memang tak gerak pun. Biasanya 15 ke 20 minit jer dia boleh tahan mesti akan cari saya juga. Saya pun ambik gambar dia tanpa dia sedar sebab ruang tempat saya tengok TV tu di dining room sebenarnya. Lepas dah ambik saya pun sambung semula....tiba2 dalam 5 minit dia dah berdiri dekat dengan saya dan bagitau suruh ambik gambar dia semula. Saya terkejut dan terjerit sebab saya rasa dia tak sedar pun gambar dia saya ambik. Meremang juga sebenarnya sebab ingat dia ada six sense ker...emmhh. Dalam takut saya ambik juga gambar dia sebab memang dia dah posing dekat speaker TV tu.

 
Gambar Tanpa Sedar
 
 
Gambar Selepas Sedar

 
 

Kid's e World

Last Saturday bawa my prince and princess ke Kids eWorld di Ikano Power Centre. Hubby tak ada lagi...still outstation tapi kena bawa diaorang jalan-jalan juga coz they will feel bored at home. Actually bukanlah first time bawa diaorang ke Kid's eWorld cuma kali ni best sikit sebab weekend and ramai budak. Biasalah kids....they will be more happy if they have more friends. Kebetulan juga ada birthday party kat situ so a bit happening this time with more crowd. Pegi dengan my eldest niece with my nephew since it his birthday last Friday so just give him a treat on weekend. My sister pula tak ikut sebab ada annual dinner on that day so kena prepare international dress dia. My mum pula boring coz dia tahu nak bawa diaorang ke situ so dia nak relaks sorang di rumah without kids. Well it look like it my duty lah hari tu.....
 
Nak citer pasal Kids eWorld ni....memang best coz all the kids boleh kata buat senaman ler kat situ. Kalo di rumah kita selalu marah diaorang melompat sana sini sebab takut cedera....kat sini kita boleh suruh diaorang lompat lah sepuas hatipun. Memang hari tu diaorang semua maximum tak ingat masa. Saya pun ada juga join sekali sebab kat sini kita boleh masuk free to monitor diaorang. Macam saya yang bersaiz S ni lagi best boleh join main sekali. Hehehehe.....merasa juga main kat tempat macam ni. Zaman saya dulu tak ada cuma main kat padang jer. So sapa2 yang nak bawa anak-anak pegi boleh bawa ke Ikano Power Centre, The Curve ataupun The Garden, Mid Valley coz dua tempat ni jer ada Kids eWorld for the moment. Kalo nak pegi jangan lupa bawa stokin dan pastikan bersih...hehehe. Stokin termasuk adults sekali yang nak masuk. Kalo tak bawa kena beli kat situlah...
 
Inilah gambar2 yang sempat saya ambil. Actually ada banyak lagi permainan kat situ tapi saya bukanlah supermak nak buat sume keja satu masa..kan. Nak monitor lagi dan ambik gambar sekali bukan senang. Diaorang pula bukannya main sekali 3 orang. Bila dah berpecah tu.....saya and my niece sibuk nak mencari sebab ramai budak waktu tu takut juga bergaduh....Biasalah budak-budak...
 






 
Rates and Charges macam kat bawah ni :
 
 
Admission (Per Day)
• WeekdaysRM30
• Weekend, School Holidays & Public HolidaysRM50
Vouchers (valid 3 months)
• RM100 Weekday Voucher - 5 Admissions
• RM100 Weekend/Holidays/School Holidays Voucher - 3 Admissions
* Nak lebih lanjut boleh layari website : www.kidseworld.com.my
 

Friday, February 22, 2013

Pyjamas Baru

Semalam belikan diaorang baju tidur baru. Bila dah tunjuk terus nak pakai pula. Siap nak posing ambil gambar sebab nak tunjuk dengan papa diaorang sebab hubby outstation ke Sabah. Inilah posing-posing yang ditunjukkan oleh my prince and princess. Budak-budak zaman sekarang ni memang sangat berbeza semasa zaman saya dulu. Berani dan sangat advance....
Bila suruh senyum memang 100% senyum ler macam gambar atas ni.

Suruh buat muka terkejut and happy pula.


Thursday, February 14, 2013

Tinggal Kenangan

Hi all we meet again....last 2 month memang banyak sangat aktiviti luar dan cuti. Permulaan tahun yang agak sibuk bagi saya and family. Januari outstation ke Lumut then  straight away to Pangkor for holiday. Tak masuk lagi saudara mara punya wedding dan immediate family punya birthday yang berturut-turut. Well hari ni actually just want to share last week punya activity sebab dalam seminggu tu memang jadual sangat padat dengan outstation lagi tapi bukan kerja lah. Last week 6hb saya and family pergi ke Seremban sebab ada majlis tahlil yang ke-40 hari untuk arwah anak saudara. Arwah Muhammad Khaleeq Iman. 8 month old baby tapi saiz lagi besar dari my son yang dah lebih setahun. He such a beautiful baby as beautiful as his name given. Dari Dia kita datang, dengan Dia juga kita kembali. Arwah Khaleeq meninggal pada 29hb 2012. Bila saya imbas semula kejadian tu kadang-kadang saya tak sedar airmata akan jatuh. Walaupun dah lebih sebulan tapi all the memories with him still fresh in my mind. Saya and hubby lah orang pertama yang datang ke hospital semasa kejadian. Tak boleh lupa my brothers look that time with his t-shirt and shorts. Arwah di atas katil wad emergency dengan keadaan yang sudah tak bernyawa. Perasaan yang sama  selepas arwah ayah meninggal 21 tahun yang lepas. Pemergian yang sangat menyakitkan. Tapi semuanya adalah takdir dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.



Inilah wajah baby yang family kami tidak akan lupakan. Too arwah we all will make sure your beautiful look remember by all your cousins untill the end. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Friday, February 8, 2013

Genting Highland

Hi all....sori lama tak update almaklumlah busy sangat. So pembuka cerita hari ni adalah holiday ke Genting Highland on the 2nd of February. After 2 years kita tak pergi, my prince and princess memang excited giler. Coz last time yang kita pergi tahun 2011 selepas 3 bulan Danial lahir. Masa tu dua2 pun masih kecil lagi so tak ada lagi perasaan excited tu. Yang excited mama diaorang jer lah. Bukan apa excited nak berjalan after 3 bulan berpantang Danial. So enjoy all the pictures...

Gambar semasa on the way ke genting by cable car. I thought both diaorang akan suka tapi all the way Danial asyik menangis dan bagitau takut. So saya terpaksa peluk dan tutup muka dia supaya tak tengok luar. Ingatkan papa dia jer yang taku tinggi rupa-rupanya anak lelaki diapun sama. Well like father like son. Yashmeen jer yang always maintain macam mama dia. Tak takut pun nak tengok bawah. Mungkin ikut mama dia ler tu. Superwoman...hahaha.
 

Yang ni pula my prince and princess. Sejuk mata memandang bila tengok diaorang dah besar. They are very close and love each other. Tapi kalo gaduh pun boleh tahan juga. Biasalah adik-beradik kan sayang-sayang pun ada juga gaduh2.